Faktor Penyebab Kegagalan Buah Pinggang

Julai 11, 2017

Kegagalan buah pinggan untuk berfungsi dengan baik memang menjadi kerisauan ramai... Malah statik juga ada menunjukkan bahawa bilangan pesakit yang terpaksa menjalani rawatan dialysis kian meningkat saban tahun... Jom kenali serba sedikit faktor yang mencetus kepada masalah kegagalan buah pinggang ini..



1. Jangkitan kuman yang berulang - ulang dan tidak dirawat sepenuhnya.

- Jangkitan kuman pada saluran air kencing boleh berlaku apabila kurangnya penjagaan pada kawasan tersebut dan ianya tidak dirawat dengan sempurna, menyebabkan risiko untuk mendapat masalah buah pinggang adalah tinggi.

- Kaum wanita lebih cenderung mendapat jangkitan buah pinggang yang berulang - ulang disebabkan uretra perempuan lebih pendek berbanding lelaki.


2. Penyakit

- bagi yang menghidapi penyakit seperti darah tinggi dan kencing manis,  lebih berisiko tinggi untuk mengalami kegagalan buah pinggang disebabkan penyakit ini akan menganggu bekalan darah ke dalam sistem buah pinggang yang mengakibatkan fungsinya akan terjejas dan dalam tempoh jangka masa yang panjang secara perlahan - lahan ianya akan menyebabkan kegagalan fungsi buah pingang berlaku.


3. Penggunaan ubat tahan sakit

- penggunaan ubat tahan sakit dengan dos yang tinggi dan dalam tempoh masa panjang juga penyebab utama untuk  kegagalan buah pinggang. Dipercayai kandungan steroid yang tinggi yang terdapat pada ubat tahan sakit menganggu fungsi buah pinggang dan jika dibiarkan akhirnya menyebabkan kegagalan buah pinggang.

4. Menahan kencing

- kerap menahan untuk membuang air kencing akan menyebabkan tekanan terhadap buah pinggang itu sendiri dan menyebabkan berlakunya batu karang. 
- Dengan adanya benda asing (batu karang) tersebut, akan menjejaskan fungsi normal buah pinggang ..

5. Pengambilan cecair yang tidak mencukupi

- buah pinggang memerlukan air yang cukup untuk menjalankan fungsinya iaitu menapis segala bahan toksik dari badan dan dikeluarkan melalui air kencing. Kekurangan air yang mencukupi akan menyebabkan toksin dalam badan tidak dapat diproses dan disingkirkan dengan efektif, akibatnya penimbunan bahan toksin tersebut menganggu kerja buah pinggang dan akhirnya akan merosakkan buah pinggang tu sendiri.

6. Pengambilan garam (sodium) yang berlebihan

- tak dinafikan badan memang memerlukan garam untuk menjalankan fungsinya.. Tetapi pengambilan garam yang berlebihan meningkatkan bebanan kerja buah pinggang untuk menyingkirkannya dari badan. Ianya juga mencetus kepada pelbagai jenis penyakit yang memberi kesan terhadap fungsi buah pinggang seperti penyakit darah tinggi.





Luv,
Collen
Pengedar dan pengguna Shaklee
SID 1235757

You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook