Tips Melawat Orang Sakit

November 04, 2017

Bilamana ada dikalangan keluarga, saudara mara atau sahabat handai kita berada dalam kesihatan yang kurang memuaskan dan perlu mendapatkan rawatan di hospital, sudah tentu kita ingin pergi melawat sebagai tanda kita prihatin akan keadaan mereka.. Namun ada beberapa perkara yang anda perlu tahu sebelum lawatan itu dilakukan...


Entry kali ni Collen nak kongsikan sedikit tips yang perlu anda tahu sebelum lawatan dilakukan...

1. Masa melawat
- sebelum pergi melawat tu pastikan korang tahu masa lawatan untuk hospital tersebut.
- ambil tahu bila masa melawat bermula dan berakhirnya masa lawatan. Nanti tak adalah korang penat menunggu kat luar tu ataupun sia² saja perjalanan korang ke sana disebabkan masa melawat dah habis..

2. Pastikan keberadaan pesakit
- sebelum pergi melawat tu, hubungi pesakit atau waris pesakit.. Pastikan pesakit masih lagi berada di wad.. Tak adalah bila korang dah sampai kat hospital, korang tercari² pula pesakit tu.. Bila bertanyakan nurse kat  kaunter, rupa²nya pesakit tu dah dibenarkan pulang dua tiga hari yang lalu ataupun pesakit tu dah dipindahkan ke hospital lain... Tak ke buat penat badan je tu..

3. Kenalpasti pesakit
- ni lagi satu, sila beri perhatian ye... Pastikan sebelum pergi melawat pesakit PASTIKAN korang tahu NAMA SEBENAR pesakit... Korang jangan pula naik angin kalau nurse² kat wad tu buat tak tau je dengan korang sebab nama yang korang berikan tu adalah nama glamour pesakit di kampung.. Kat wad hanya nama sebenar sahaja yang digunapakai... Nama glamour, alamat rumah, nama kampung, pertalian keluarga atau yang seumpaman dengannya tak digunapakai..

4. Buah tangan
- jika anda berniat nak bawa sedikit buah tangan untuk pesakit, seelok eloknya kumpul sedikit maklumat tentang keadaan kesihatan pesakit. Ni bagi memudahkan anda memilih buah tangan yang sesuai diberikan kepada pesakit.. Tak adalah nanti pesakit kencing manis korang bawa pula buah tangan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi.. Nanti tak pasal² pesakit tu telan air liur je, tak ke kesian kat dia..

5. Hormati pesakit lain
- semasa melawat, hormatilah pesakit yang lain.. Jangan sampai lawatan anda itu menganggu pesakit yang ada di sekitarnya.. Jangan buat bising sampai pesakit sebelah katil pun tak dapat nak berehat dengan aman. Tak payah nak menyibuk akan perihal pesakit lain, sesetengah pesakit kurang selesa dengan keadaan tu..

6. Hormati masa melawat
- sebaik sahaja masa melawat telah tamat, segeralah beredar dari kawasan tersebut kerana anda dah diberikan masa yang cukup lama untuk meluangkan masa bersama pesakit. Beri laluan kakitangan hospital pula untuk melakukan tugas mereka dengan aman dan tanpa sebarang gangguan.

Semoga tips yang dikongsi bersama ini dapat memudahkan urusan anda bilamana anda pergi melawat orang sakit..

Sekian 😊😊

You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook