PENYUSUAN

Kebaikan Kolostrum Untuk Bayi

Julai 24, 2017



Seluruh dunia mengakui bahawa susu ibu adalah makanan terbaik untuk diberikan kepada bayi sebaik ianya dilahirkan dan sehinggalah ianya mula diperkenalkan kepada makanan tambahan iaitu bila usianya mencecah 6 bulan dan keatas... 

Pemberian susu ibu ni lebih elok jika ibu dapat meneruskan pemberian susu ibu sehinggalah usia kanak² tersebut mencecah umur 2tahun...

Pada awal kelahiran bayi, bayi hanya akan mendapat kolostrum dari si ibu.. Kolostrum ni adalah cecair pekat yang berwarna  kuning kekuningan... Namun ianya sering disalah ertikan oleh sesetengah pihak dengan menganggap si ibu tidak ada air susu atau bayi tidak kenyang kerana bukan susu yang keluar dari badan si ibu...

Lazimnya susu ibu ni akan bertukar warna menjadi putih kekuningan (susu) selepas kolostrum dah habis dihisap oleh bayi  iaitu seawal 24 jam - 36 jam selepas kelahiran. Walaubagaimanapun perubahan ini tidak sama dengan setiap individu, boleh jadi ianya akan bertukar lebih awal ataupun sebaliknya..

Pemberian kolostrum ni amat penting untuk diberikan kepada bayi kerana kolostrum nilah yang membantu membina pertahanan pertama bayi terhadap persekitaran..

# gambar hasil dari Mr.google


Antara manfaat yang diperolehi oleh bayi dari kolostrum ni adalah..

👶Membantu dalam proses membuang
-  kolostrum mempunyai kandungan zat yang tinggi yang memudahkan bayi untuk membuang buat pertama kalinya.

👶Mengelakan bayi dari terkena jaundice
-  proses kelahiran ada berlakunya kemusnahan sel darah merah yang dikenali sebagai bilirubin. Bilirubin ni perlu dikeluarkan melalui najis dan air kencing untuk mengelakkan bayi dari terkena jaundice.

👶Mengelakkan dari mudah terkena penyakit
- kolostrum mempunyai kandungan sel darah putih yang tinggi yang akan membantu bayi dari serangan penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma seperti bakteria. 

👶Imunisasi pertama bayi
- kolostrum ni membantu bayi membina antibodinya sendiri terhadap sebarang penyakit yang pernah dihidapi oleh ibunya semasa bayi dalam kandungan

 👶Mudah dicerna
- sistem pencernaan bayi yang baru lahir belum lagi sempurna. Oleh itu bayi memerlukan sesuatu yang mudah dicerna. Kolostrum dari ibu adalah pilihan terbaik kerana ianya kaya dengan kandungan protein dan Vitamin A tetapi rendah kandungan lemak dan kabohidrat di dalamnya.

👶Melindungi usus bayi
- kolostrum mempunyai Immunoglobulin A yang berfungsi melindungi usus bayi dengan  melapisi saluran pencernaan untuk mengelakkan kuman memasuki salur darah bayi. Kolostrum ni akan melindungi usus bayi sehinggalah sistem pertahanan tubuh bayi dapat berfungsi dengan baik.

Sebenarnya ada banyak lagi kelebihan pemberian kolostrum ni terhadap bayi... Menyusukan bayi secara 'direct' juga akan memberikan kesan positif terhadap emosi bayi dan ibu...

So congrats untuk ibu - ibu yang berjaya dan berusaha menyusuhkan bayi mereka dengan penuh kasih sayang!! Dan untuk bakal - bakal ibu diluar sana, ingat kolostrum tu amat penting untuk kesihatan bayi anda... 




Luv 😘, 
Collen

You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook