KEHAMILAN

5 Perubahan Pada Kulit Semasa Mengandung

Mei 02, 2018



Perubahan hormon semasa mengandung telah dikenalpasti memberi beberapa kesan ketara terhadap tindak balas kulit kita. Antara kesan yang ketara yang boleh dilihat ialah..

1. Garisan gelap menegak pada perut..

Ianya dikenali sebagai Linea Niagra. Biasanya pada awal kehamilan ianya tidak kelihatan disebabkan usia kandungan yang masih kecil. Garisan gelap menegak pada pusat  ini akan mula kelihatan apabila usia kandungan berada pada trimester kedua. Ini disebabkan oleh  penegangan terhadap otot - otot abdomen bagi membolehkan tumbubesaran bayi berlaku. 

Walau bagaimanapun, anda tak perlu risau kerana ianya akan hilang secara perlahan - lahan selepas bayi dilahirkan..

2. Stretch mark

Ni adalah regangan  yang boleh dilihat disekitar perut, payudara dan paha. Kesan stretch mark yang paling ketara boleh dilihat ialah dibahagian perut. Kesan dari regangan ini boleh menyebabkan kulit kering dan gatal.
Oleh itu sangat penting untuk menjaga kelembapan kulit di sepanjang tempoh kehamilan dengan menyapu krim seperti Herbal Blend di kawasan tersebut.

Ibu - ibu juga dinasihatkan untuk elakkan menggaru pada kulit perut yang gatal kerana regangan pada perut telah membuatkan kulit menjadi nipis dan mudah tercedera dan boleh meninggalkan kesan hodoh selepas melahirkan.

3. Pigmentasi kulit

Peningkatan hormon melanin iaitu hormon yang memberi kesan warna gelap pada kulit semasa hamil. Peningkatan hormon melanin ini akan menyebabkan sesetengah bahagian anggota tubuh akan menjadi lebih gelap dari sebelumnya. Biasanya ia melibatkan bahagian leher, ketiak, cela kangkang dan pipi. 

Keadaan boleh menjadi lebih teruk lagi jika kawasan tersebut terdedah dengan sinaran UV matahari. Oleh itu amat penting bagi ibu hamil untuk menggunakan krim pelindung yang mempunyai SPF ataupun menggunakan topi dan payung apabila keluar dari rumah.

4. Pembuluh darah yang jelas kelihatan

Semasa hamil tubuh menghasilkan lebih banyak bekalan darah untuk menampung keperluan ibu dan bayi. Peningkatan aliran darah yang banyak ini menyebabkan salur darah yang halus dibawah permukaan kulit lebih jelas kelihatan.

5. Wajah lebih berseri

Perasan tak bila hamil kulit wajah akan kelihatan lebih berseri - seri?? Ni juga disebabkan oleh perubahan hormon dan peningkatan aliran darah ke seluruh tubuh. Perubahan hormon ni juga memberi kesan kelembapan pada kulit wajah. Jadi tak hairanlah kenapa wanita hamil nampak lebih cantik dan berseri semasa hamil kan????






You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook