BUASIR

CARA TERBAIK ATASI BUASIR SEMASA HAMIL

Februari 13, 2018



Dengar namanya saja pun dah takut... Bayangkan betapa peritnya menghidapi buasir disepanjang tempoh kehamilan..

Bagi yang belum tau apa sebenarnya buasir ni, jom sis Collen nak cerita sikit....

Buasir ataupun hemoroid ni adalah pembengkakan yang berlaku pada salur darah vena yang terletak di bahagian rektum ataupun dubur... Biasanya terjadi disebabkan oleh tekanan yang terlalu tinggi terhadap salur darah yang terdapat  di bahagian rektum menyebabkan dinding salur darah vena menegang dan terbonjol keluar.. Ini menyebabkan membran disekitar rektum membengkak, sakit, gatal dan mudah berdarah...


Kejadian buasir ketika hamil ini sering berlaku di kalangan wanita hamil disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya adalah...


Perubahan Hormon

- peningkatan hormon Progesterone yang tinggi ketika hamil memberi kesan pada pergerakan usus dalam badan. Pergerakan usus yang lambat ini menyebabkan sembelit... Dalam masa yang sama jumlah aliran darah di sekitar rektum juga meningkat... Kesan dari peningkatan hormon ini juga menyebabkan pengenduran berlaku pada dinding salur darah menyebabkan si ibu lebih mudah mendapat buasir...

Bebanan yang berat

- Kandungan yang semakin membesar  dan berat bayi yang semakin meningkat menyebabkan tekanan yang kuat pada kawasan rektum. Ini menyebabkan saluran darah pada kawasan rektum lebih mudah membengkak dan terbonjol keluar.

Sembelit yang teruk

- disamping peningkatan hormon Progesteron yang tinggi ketika hamil, pengambilan ubat²an  seperti pil tambah darah juga menyumbang kepada punca berlakunya sembelit... Proses meneran  mengakibatkan tekanan pada bahagian rektum meningkat menyebabkan luka, perdarahan dan sakit pada bahagian rektum.


Proses Bersalin

- jangan dilupa disaat kita bertarung nyawa melahirkan putra putri kita yang comel tu, tenaga yang banyak dan tekanan yang kuat diperlukan untuk melahirkan mereka... Tekanan ini juga memberi kesan pada dinding salur darah yang ada disekitar rektum membengkak dan terbonjol keluar dari tempatnya..

Bagaimana mengatasinya???

Walaupun punca buasir ini disebabkan tekanan yang berlaku di bahagian rektum yang  disebabkan oleh kehamilan, ibu² jangan risau masih ada cara lain untuk mengurangkan tekanan ini..

⭕Ambil makanan yang tinggi kandungan serat di dalamnya seperti buah - buahan, sayur - sayuran, roti dan bijiran

⭕  Minum air secukupnya sekurang - kurangnya 8 gelas sehari  agar badan kekal terhidrat.

⭕ Lakukan senaman ringan 30 minit sehari seperti berjalan, menaik tangga dan menarik nafas panjang... Senaman ringan membantu pergerakan usus yang lebih lancar..

⭕ Jangan bertangguh jika terasa hendak ke tandas.. Bertangguh boleh menyebabkan sembelit..

⭕   Jangan lupa lakukan senaman lantai pelvis... Senaman ini dapat membantu menguatkan otot - otot lantai pelvis anda



Bagi ibu - ibu yang dah menghidap buasir, ada beberapa cara untuk melegakan kesakitan dan mengelakkan  buasir dari bertambah teruk...

🔵Lakukan rendaman menggunakan air garam.. Rendaman ini dapat membantu mengecutkan bengkak dan mengurangkan rasa gatal disekitar rektum..

🔵Lakukan 'ice compress' dikawasan rektum.. 'ice compress' ini dapat melegakan kesakitan dengan memberikan rasa kebas di kawasan tersebut.. Disamping itu, ianya juga membantu menghentikan perdarahan dan mengurangkan bengkak pada rektum..

🔵  Jika buasir anda jenis yang boleh ditolak semula ke dalam, bersihkan tangan terlebih dahulu dan  cuba tolak perlahan - lahan buasir tersebut masuk ke dalam rektum dengan menggunakan jari.

🔵   Bagi buasir yang  tidak boleh ditolak masuk semula ke dalam, bersihkan bahagian rektum menggunakan air bersih, lap dan keringkan dengan sebaik - baiknya untuk mengelakkan jangkitan kuman berlaku.

🔵 Jika anda mengalami sakit yang teruk disebabkan buasir tersebut, dinasihati anda untuk pergi berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan preskripsi ubat tahan sakit bagi mengurangkan kesakitan tersebut...


SUPPLIMEN YANG BOLEH MEMBANTU 


Ostematrix

Kandungan Magnesium yang terdapat di dalam setiap biji Ostematrix ini membantu dalam pergerakan otot - otot usus membawa najis keluar dari badan. Ianya juga membantu memasatikan kelembapan dalam usus besar sentiasa terjaga agar najis tidak menjadi keras bagi memudahkan ianya dibawa keluarkan dari badan..


Omega Guard

Ianya mempunyai sifat anti radang yang membantu mengurangkan bengkak pada rektum yang disebabkan tekanan pada otot rektum dan otot disekitarnya..

Vitamin C

Ketika meneran, sudah pastinya berlaku luka dan perdarahan semasa proses tersebut. Vitamin C membantu dalam mempercepatkan proses penyembuhan luka dalaman dan luaran yang terjadi dibahagian rektum ..




TESTIMONI









 


ORDER DAN BELIAN


Nak dapatkan Set Buasir ni senang saja.. Boleh direct Whatsapp Sis Collen  ataupun beli terus dengan klik ikon shopping dibawah ni 👇👇










P/S :  Jika anda telah membuat pembelian secara online tapi  mempunyai keraguan atau memerlukan konsultasi cara pengambilan supplimen, boleh direct wasap sis ye... Konsultasi hanya untuk customer sis saja tau 😊😊 





 ❤ Pengedar Shaklee Kota Belud





You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook