KEHAMILAN

Tips Menangani Urat Simpul Ketika Hamil

Februari 20, 2018



Varicose vein ataupun masalah 'urat simpul' ini sering terjadi dikalangan ibu² mengandung dan biasanya ianya akan hilang dengan sendirinya selepas melahirkan anak.. 

Urat simpul ini boleh berlaku dimana- mana bahagian badan tapi untuk ibu mengandung ianya sering berlaku dikawasan faraj, dubur dan di bahagian kaki. Biasanya mula dirasai seawal pertengahan atau penghujung trimester kedua  sehinggalah bayi dilahirkan.


 Faktor Penyebab


Varicose vein ini terjadi disebabkan kegagalan injap pada salur darah vena berfungsi dengan betul dan juga disebabkan oleh kelemahan pada dinding salur darah.
Injap pada salur darah ini memastikan darah yang dibawa ke jantung tidak berbalik... Dalam erti kata lain ianya memastikan arah aliran darah dalam salur darah hanya berada dalam satu arah sahaja.

Kegagalan injap ini menyebabkan darah mudah terkumpul pada salur darah yang lemah dan menyebabkan ianya mula merengang dan mengendur...  Ianya kelihatan berwarana biru dan unggu serta kelihatan terbonjol keluar dan berpintal jika dilihat pada luarannya.


Punca  Penyebab

Bebanan yang berat. Janin yang semakin membesar  menekan saluran darah (inferior vena kava) yang terdapat pada bahagian plevis menyebabkan gangguan pada aliran darah untuk kembali semula ke jantung.  

 Peningkatan hormon Progesteron semasa hamil menyebabkan dinding pada salur darah menjadi lebih relax. Ini menyebabkan darah lebih senang berkumpul pada kawasan dinding salur darah yang lemah.


Simptom Yang Dialami

  • Kekejangan pada otot terutamanya pada waktu malam
  • Tapak kaki dan buku lali menjadi bengkak
  • Rasa lenguh, sakit dan terasa berat pada bahagian kaki
  • Tidak rasa selesa pada kawasan terlibat.



Cara mengatasi

Tidak banyak yang boleh dilakukan untuk mengelakkan dari berlakunya kejadian urat simpul ini. Tips dibawah ini boleh membantu ibu² hamil berhadapan dengan masalah ini..

  • Elakkan  berdiri atau duduk terlalu lama. 
  • Elakkan menyilang kaki semasa duduk. Ianya menganggu peredaran darah kembali ke jantung.
  • Letakkan kaki di atas bantal ketika tidur ataupun duduk. Ianya dapat mengurangkan rasa lenguh dibahagian kaki.
  • Elakkan penambahan berat badan yang drastik. Amalkan pemakanan diet yang  seimbang.
  • Baring dalam posisi mengiring ke kiri membantu mengurangkan tekanan pada salur darah vena kava. Jangan lupa letakkan satu bantal dibawah kaki dan satu lagi di belakang  untuk keselesaan.
  • Pemakaian stokin khas membantu mengelakkan darah daripada terus berkumpul di bahagian kaki. Selain daripada itu ianya juga memberi keselesaan pada si ibu... Walaubagaimanapun, pemakaian stokin ini tidak menjamin kejadian urat simpul dapat dielakkan.


Cadangan Supplimen Yang Bersesuaian



Sustained Release Vita C (Rm103.35 - 180 biji)


- ianya membantu dalam pembentukan kolagen, kulit dan elastin yang membantu kulit untuk meregang dengan baik

Vitamin B Complex (Rm58.75 - 120 biji)

- ianya mempunyai kandungan Vitamin B3 yang membantu dalam melancarkan peredaran darah di dalam salur darah vena dan arteri.

Vitamin E (Rm165.63 -120 biji kapsul)

- ianya merupakan antioksida yang mampu meneutralkan radikal bebas dalam badan yang menyerang dan melemahkan dinding salur darah. Secara tak lansung ianya turut membantu menguatkan dinding salur darah tersebut.



Order Dan Belian

Jika berminat nak order Set Urat Simpul ini, anda boleh je terus 


Untuk belian menggunakan kad kredit / debit, boleh klik ikon shopping kat bawah untuk terus ke laman sesawang Shaklee



P/S :  Jika anda telah membuat pembelian secara online tapi  mempunyai keraguan atau memerlukan konsultasi cara pengambilan supplimen, boleh direct wasap sis ye... Konsultasi hanya untuk customer sis saja tau 😊😊 



❤Pengedar Shaklee Kota Belud


You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook