GASTRIK

Punca Dan Cara Mengatasi Sakit Gastrik, Pedih Ulu Hati Semasa Mengandung

Februari 12, 2018

Gastrik ataupun rasa pedih pada ulu hati  adalah satu kesakitan yang sering dialami dikalangan ibu² mengandung... Rasa pedih dan panas seperti terbakar ini sering dirasai di bahagian bawah tulang dada dan kadang kala ianya boleh naik sehinggalah ke bahagian bawah tekak... Rasanya pahit dan sangat memeritkan!!!



Rasa pedih ini disebabkan oleh asid perut yang naik ke atas memasuki saluran esofagus.. Biasanya pedih ulu hati ini mula dirasai apabila kandungan memasuki trimester kedua kehamilan..


PUNCA PENYEBAB 


Pedih ulu hati ini  biasanya disebabkan oleh dua faktor utama iaitu:-


 1) Perubahan fizikal


Seiring dengan peningkatan usia kandungan, bayi dalam kandungan juga turut membesar... Saiz bayi yang semakin membesar ini akan menyebabkan ruang didalam abdomen menjadi sempit dan memaksa perut dan usus ditolak ke atas bagi memberi ruang pada bayi dalam kandungan yang semakin membesar...

Penolakan perut dan usus ke atas secara tidak langsung memberi kesan pada asid dalam perut untuk turut tertolak ke atas dan memasuki saluran esofagus... 

Penolakan tersebut akan memberi kesan pedih seperti terbakar  pada bahagian bawah tulang dada si ibu...



2) Perubahan hormon


Ketika hamil terdapat beberapa perubahan  hormon yang berlaku di dalam badan. Perubahan ini termasuklah perubahan hormon progesteron yang tinggi ketika hamil yang memberi kesan terhadap :

a) proses pembuangan 

Peningkatan hormon progesteron yang tinggi menyebabkan sembelit iaitu proses pembuangan menjadi lambat... Bila usus lambat dikosongkan, ruang dalam abdomen turut menjadi sempit menyebabkan  perut dan usus sekali lagi dipaksa ditolak keatas menyebabkan  asid  perut memasuki saluran esofagus.. 


*b) kelemahan pada otot spinter  

Dalam keadaan normal otot spinter yang berada di antara saluran esofagus dan perut berfungsi untuk mengelakkan asid perut serta isi kandungannya memasuki semula ke saluran esofagus..

Tetapi peningkatan hormon progesteron ni memberi kesan pada otot spinter di saluran esofagus untuk lebih  relax... Keadaan otot spinter yang relax menyebabkan asid dalam perut lebih mudah memasuki saluran esofagus dan menyebabkan pedih pada ulu hati mula terasa...


Rasa pedih pada ulu hati ini biasanya terjadi lebih awal dan kerap berlaku bagi mereka yang mengandungkan anak kembar dan juga mengandungkan bayi yang bersaiz besar..


CARA MENGATASI


Walaubagaimanaupun terdapat beberapa cara yang boleh ibu praktikan untuk mengurangkan serangan dan simptom pedih ulu hati ini antaranya adalah...

⏺Mengelakkan dari mengambil makanan dan minuman yang boleh menyebabkan gastrik. Contohnya makanan yang berlemak, berempah, pedas, masam serta jus dan buah- buahan sitrus.

⏺Mengambil makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap. Ini bertujuan untuk mengelakkan asid berkumpul di dalam perut.  Makan sedikit tetapi kerap juga boleh membantu meneutralkan asid dlm perut.

⏺Jaga posture badan. Ibu dinasihatkan agar menjaga posture badan yang betul terutamanya ketika makan dan melakukan kerja² harian... Elakkan membongkok dan sentiasa berada dalam keadaan tegak... Posture badan yang betul membantu asid perut untuk kekal di dalam perut disebabkan  kesan daripada tarikan graviti.

⏺Melakukan senaman ringan seperti berjalan, menaiki tangga dan menarik nafas juga membantu dalam mempercepatkan proses pencernaan bagi mengelakkan berlakunya sembelit..


SUPPLIMEN YANG BOLEH MEMBANTU


Selain daripada kaedah diatas, pengambilan supplimen juga dapat mengurangkan dan melegakan simptom pedih ulu hati... Antara supplimen yang dapat melegakan simptom ini ialah :...

* ESP (Energized Soy Protein)

ESP ni adalah hasil daripada kacang soya Non-GMO. Non-GMO ni maksudnya genetiknya tidak diubah... Tidak ada suntikan hormon mahupun bahan kimia berbahaya diberikan terhadap tanaman tersebut...

Protein soya tu sendiri bersifat alkali dan ianya mampu meneutralkan keasidan dalam perut.. Bila asid dalam perut menjadi neutral, tidak akan ada lagi rasa pedih terbakar pada ulu hati..

Selain daripada itu, ESP ni juga membantu dalam membaik pulih luka² dan tisu² yang rosak dalam perut..

* Peppermint Ginger Plus

Kandungan herba semulajadi yang terdapat didalamnya seperti pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis bagus untuk melegakan sistem penghadaman, membuang angin dalam badan dan melegakan loya ketika hamil....

* Ostematrix

Ostematirk ni terhasil daripada garam galian dari laut mati.. Ianya bersifat alkali dan mampu  membantu meneutralkan asid dalam perut.

Selain daripada itu ianya juga membantu dalam melancarkan proses pencernaan untuk mengelakkan sembelit berlaku..


TESTIMONI










ORDER DAN BELIAN



Belian menggunakan kad debit / kredit sila klik ikon shopping dibawah 👇👇



Pertanyaan ataupun info berkaitan produk boleh terus Whatsapp sis Collen





P/S :  Jika anda telah membuat pembelian secara online tapi  mempunyai keraguan atau memerlukan konsultasi cara pengambilan supplimen, boleh direct wasap sis ye... Konsultasi hanya untuk customer sis saja tau 😊😊 




 ❤ Pengedar Shaklee Kota Belud




You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook