Fungsi Hati
Mei 24, 2017
Hati merupakan organ terbesar di dalam tubuh kita dan ianya berkeupayaan dalam membina semula. Contohnya pengambilan alkohol yang berlebihan boleh merosakkan hati. Namun hati mampu memperbaiki organnya sendiri. Tidak seperti organ - organ lainnya. Hati boleh diibaratkan sebagai Industri Pemprosesan dalam tubuh kita.
FUNGSI HATI
Rembesan Hempedu
- Cecair hempedu disimpan di dalam pundi hempedu dan ianya akan dikeluarkan apabila berlakunya proses penghadaman. Hempedu diperlukan dalam pencernaan lemak iaitu ianya membantu untuk memecahkan lemak kepada lapisan yang lebih kecil. Disamping itu, hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak iaitu vitamin A,D,E,K dan membantu mengasimilasikan kalsium. Hempedu juga membsntu menukarkan Beta Karotena kepada vitamin A.
Bertindak Sebagai Detoksifikasi
- metabolisma protin dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan amonia yang didetoksifikasikan oleh hati. Hati mengawal metabolisma protin. Untuk detoksifikasi amonia, hati juga menggabungkan bahan - bahan toksik termasuk sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah, alkohol dan bahan kimia dengan bahan - bahan lain yang kurang toksik. Bahan - bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang. Oleh itu, dalam usaha untuk mempunyai fungsi hati yang betul, anda juga perlu memastukan fungsi buah pinggang anda dalam keadaan baik.
Mengawal Paras Gula Dalam Darah
- dengan menukarkan tiroksina (hormon tiroid) ke dalam bentuk yang lebih aktif. Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati menyebabkan hipotiroidisme. Hati mewujudkan GTF ( faktor toleransi glukosa) dari kromium dan glutation. GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul. Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagiai glikogen, dan kudian ditukar kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga. Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen, adrenalin dan insulin.
Penting Dalam Metabolisma Lemak.
- Hati penting dalam mensintesis asid lemak dari asid amino ke gula, iaitu ketika pengeluaran kolesterol, lipoprotein dan phospholipid dan ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga. Dimana makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati, yang kemudiannya diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan.
0 ulasan