Mei 15, 2017
Memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu, isteri dan anak bukanlah perkara yang senang... Nak fikirkan saja akan tanggungjawab yang perlu dipikul setiap hari dah membuatkan Collen pening kepala..
Apatahlagi jika ibu berkerjaya cabarannya amat dirasai... Penat lelah kerja seharian diluar tak hilang lagi, sebaik sahaja balik ke rumah pula terpaksa terkejar - kejar masa nak uruskan urusan rumah pula.. Tu tak termasuk lagi dengan karenah anak - anak yang bermacam ragamnya..
Kadang - kadang Collen sebagai seorang ibu yang juga pernah merasai kepenatan berkerja seperti itu, boleh membuatkan perasaan Collen agak sensitif.. Mudah tersentuh dan terguris... Kepenatan melampau penyebab utama kejadian seperti ini berlaku..
So kepada kaum adam diluar sana, fahamilah isteri anda... Sekali sekala berilah mereka ruang untuk berehat dan lakukan perkara yang mereka ingin lakukan tanpa gangguan...
Percayalah ketika semua anak - anak dah masuk tidur, si ibu masih lagi sibuk menguruskan urusan rumah.. Dan bila dah masa tidur yang sepatutnya para ibu dapat rileks dan tidur dengan aman, sebenarnya tidur mereka tak pernah lena disebabkan perasaan mereka yang sentiasa berada dalam keadaan standby kalau - kalau anak terkejut dari tidur dan menangis..
0 ulasan