12 TIPS CEGAH JERAWAT
Jun 07, 2017
1. Jaga kebersihan muka
- muka hendaklah dibersihkan sekurang - kurangnya 2 kali sehari ataupun bila perlu dengan menggunakan air yang bersih untuk menanggalkan segala kotoran dan sel - sel kulit mati ..
2. Jaga pemakanan
- elakkan dari mengambil makanan yang berminyak kerana makanan berminyak dipercayai menyebabkan jerawat lagi senang nak tumbuh.
3. Elakkan penggunaan produk yang mengandungi kandungan merkuri dan bahan kimia berbahaya.
- penggunaan produk yang mengandungi merkuri dan bahan kimia berbahaya akan menyebabkan iritasi dan kerosakan pada sel - sel kulit wajah.. Ini akan menyebabkan lapisan dermis pada kulit terhakis dan memudahkan jangkitan bakteria berlaku iaitu punca terjadinya jerawat.
4. Tanggalkan solekan sebelun tidur
- tidur dengan membiarkan solekan diwajah akan menyebabkan penyumbatan pada liang - liang roma kulit, penyebab utama terjadinya jerawat. Pada malam hari seelok - eloknya wajah dibiarkan bebas tanpa sebarang solekan bagi membolehkan penggantian sel - sel kulit berlaku.
5. Guna produk pencuci wajah yang lembut dan dari alam semulajadi
- menggunakan pencuci muka yang lembut dan berasaskan alam semulajadi adalah lebih baik kerana ianya lembut pada kulit. Ianya juga tidak menyebabkan muka kita terasa 'ketat' selepas menggunakannya.
6. Minum air yang secukupnya
- pengambilan air yang secukupnya dapat membantu tubuh untuk menyingkirkan segala toksin dari dalam badan. Ianya juga dapat membantu melembabkan kulit.
8. Perbanyakkan pengambilan sayur dan buah - buahan.
- vitamin c membantu meningkatkan sistem imun badan agar tidak mudah diserang oleh virus atau bakteria yang ada disekeliling kita. Vitamin C ada banyak terdapat pada sayur - sayuran dan buah - buahan.
9. Antioksida
- radikal bebas dalam badan menyebabkan kemusnahan pada membran sel. Pengambilan antioksida dipercayai mampu meneutralkan radikal bebas dan menghalang dari terjadinya kerosakan pada membran sel. Vitamin A, vitamin C dan vitamin E mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi..
10. Elakkan stress
- stress terlampau menyebabkan ketidak seimbangan hormon berlaku.. Ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan pengeluaran sebum minyak berlebihan pada wajah yang boleh menyebabkan jerawat..
11. Elakkan menyentuh wajah..
- bakteria paling banyak terdapat pada tangan.. Oleh itu menyentuh wajah dengan kerap boleh menyebabkan bakteria senang dipindahkan ke kulit wajah.. Oleh itu elakkan menyentuh wajah tanpa sebab..
12. Berolahraga
- berolahraga sangat bagus untuk kesihatan.. Ianya juga dapat meningkatkan peredaran darah ke seluruh badan. Selain daripada itu, ianya juga dapat membantu untuk mengurangkan stress..
0 ulasan