Mitos tentang suplimen yang wajib anda tahu!!

Jun 28, 2017



Sejak akhir - akhir ini terlalu banyak khabar angin yang tidak betul dan salah faham tentang pengambilan suplimen ni.. Salah faham ni lah yang sering membuatkan ramai orang takut dan was -was untuk mengambil suplimen...

Jom kita lihat beberapa perkara yang sering menjadi isu berkaitan dengan pengambilan suplimen ini...

1. Untuk orang sakit
Suplimen adalah untuk orang sakit adalah salah sama sekali!!! Suplimen ni adalah makanan tambahan dan bukannya ubat.. Ianya  berfungsi untuk menambah bekalan nutrien yang kurang dalam badan kita agar tubuh kita dapat menjalankan fungsinya dengan lebih baik..

Sebenarnya orang yang sihatlah yang perlu mengambil suplimen ni untuk mengelakkan daripada berlakunya pelbagai jenis penyakit..

Walaubagaimanapun untuk orang yang dah mengalami masalah kesihatan juga amat digalakkan mengambil suplimen ni agar tubuh mereka tetap mendapat nutrien yang diperlukan bagi mengelakkan keadaan mereka bertambah teruk.

2. Pengganti nutrien dalam makanan
Nutrien yang diperolehi dari makanan yang kita makan setiap hari adalah yang terbaik... Suplimen ni bukan bertujuan menggantikan nutrisi yang kita tidak dapat ambil dalam diet harian kita.. Suplimen ni hanyalah bertujuan untuk mengisi keperluan nutrisi badan kita yang lompong disebabkan kita gagal untuk mengambil keperluan nutrisi yang mencukupi untuk kegunaan tubuh.

3. Sebagai Ubat
Nilah yang selalu disalah tafsir oleh sesetengah orang di luar sana, mereka beranggapan suplimen ni adalah ubat... Bila dah makan suplimen, dah tak perlu makan ubat yang diberikan oleh doktor... Ini tanggapan yang salah ye!!! Ubat adalah ubat... Dan suplimen adalah suplimen... Ubat dan suplimen adalah dua benda yang berbeza... Ubat digunakan untuk merawat penyakit... Manakala suplimen adalah nutrien yang diperlukan oleh badan agar sel - sel tubuh dapat berfungsi dengan lebih  baik bagi mengekalkan tahap kesihatan kita pada tahap yang terbaik... Jadi jangan salahkan suplimen yang anda ambil bila ianya tidak memberikan hasil seperti yang anda harapkan.. Bila anda sakit, ubat dan suplimen perlu jalan seiring kerana ianya saling berkait rapat...

4. Penyebab kerosakan buah pinggang
Kerosakan buah pinggang ni boleh disebabkan oleh beberapa faktor... Salah satu darinya adalah kekurangan cecair dalam badan kita...

Tubuh kita memerlukan bendalir yang cukup untuk menjalankan fungsinya iaitu memproses dan menyingkirkan bahan toksik dari badan.. Oleh itu adalah wajib untuk kita mengambil jumlah air yang mencukupi agar bahan toksik dapat disingkirkan dengan baik dan seterusnya bebanan pada buah pinggang dapat dikurangkan..

Walaubagaimanapun pengambilan suplimen yang mengandungi bahan kimia terlarang dan berbahaya untuk kesihatan boleh juga menyumbang kepada masalah buah pinggang. 

Oleh itu sebelum anda mengambil sebarang suplimen, anda perlu pastikan dan buat kaji selidik serba sedikit tentang suplimen yang anda ingin ambil itu.. Adakah ianya betul - betul selamat, diperbuat daripada alam semulajadi dan tidak mengandungi sebarang bahan berbahaya yang boleh memudaratkan kesihatan kita atau sebaliknya.. Lebih bagus jika suplimen tersebut disokong melalui kajian dan mempunyai bukti penyelidikan yang menyatakan suplimen tersebut selamat  untuk diamalkan agar tidak ada keraguan timbul dihati kita sebagai pengguna...

Bagi Collen sendiri, Collen pilih untuk mengamalkan suplimen keluaran Shaklee.. Ni bukan sebab Collen jual produk Shaklee tau!! Tapi produk Shaklee lah yang satu - satunya company yang Collen tahu ada menjalankan kajian akan keselamatan dan keberkesanan produknya terhadap manusia pada jangka masa yang panjang.. 

Selain daripada itu, bahan asasnya juga dari sumber alam semulajadi dan menjalani pelbagai ujian saringan terhadap setiap produk yang digunakan agar ianya betul - betul selamat dari bahan kimia berbahaya yang boleh memudaratkan kesihatan... Ianya juga turut mendapat pengiktirafan dari seluruh dunia, lulus KKM dan semestinya Halal...



Luv,
Collen

You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook