Berapa Jumlah Air Yang Saya Perlukan Dalam Sehari??
Jun 01, 2017
70% daripada tubuh kita adalah terdiri daripada kandungan air.. Air diperlukan oleh badan untuk menjalankan fungsinya yang tertentu seperti
🐼 Membantu dalam pembentukan sel dan cairan tubuh
🐼 Sebagai pelarut semasa proses pencernaan makanan
🐼 Sebagai medium untuk mengeluarkan bahan kumuh hasil daripada metabolisma badan iaitu melalui pernafasan, berpeluh dan perkumuhan.
🐼 Bertindak sebagai kusyen menyerap getaran
🐼 Membantu dalam pengawalan suhu badan
🐼 Bertindak sebagai medium perhubungan yang mengangkut oksigen dan karbon monoksida hasil daripada regenasasi sel - sel badan
🐼 Bertindak sebagai medium pelincir yang membantu dalam pergerakan diantara sendi - sendi tulang..
Namun persoalannya berapa banyakkah air yang kita perlukan dalam sehari???
Sebelum ni kita disarankan untuk mengambil jumlah air 8 gelas sehari, namun adakah ianya masih releven pada masa kini???
Terbaru jumlah pengambilan cecair yang disyorkan pada masa kini adalah mengikut berat badan seseorang... Ini bererti pengambilan air 8 gelas sehari adalah sudah tidak sesuai untuk sesetengah orang kerana secara logiknya sudah tentu seseorang yang mempunyai berat badan berlebihan lebih banyak jumlah air yang diperlukan oleh badan mereka berbanding mereka yang bersaiz kecil atau kurus.
Untuk mengetahui secara ringkas jumlah cecair badan yang perlu diambil oleh seseorang mengikut berat badannya adalah 1L air bersamaan dengan berat badan 25kg...
1L 👉 25kg
2L 👉 50kg
3L 👉 75kg
Dan seterusnya....
Namun walaubagaimanapun, jumlah cecair yang disyorkan ini adalah jumlah minima yang perlu diambil dalam sehari dan pengiraan pengambilan cecair ini tidak termasuk anda mengambil minuman manis, berkafen dan sebagainya.. Ianya lebih elok jika anda mengambil air kosong sahaja.
Jika anda ada mengambil supplimen tambahan, anda dinasihati untuk tingkatkan pengambilan air kosong untuk memastikan kepekatan darah sentiasa berada dalam keadaan yang seimbang.. Disamping itu, ianya juga membantu tubuh untuk meyingkirkan toksik dalam badan dan juga dapat membantu meningkatkan proses penyerapan vitamin dalam badan.
😊😊😊
Collen 0135577849
ID 1235757
Pengedar Shaklee Kota Belud, Sabah
COD sekitar pekan Kota Belud
0 ulasan