SEPETANG BERSAMA DI TINDAKON DAZANG BEACH
Jun 12, 2017
First time Collen sampai di Tindakon Dazang Beach ni, asalnya nak pergi jalan - jalan melihat pantai di Tips of Borneo, Simpang Mengayau Kudat tapi last minute tukar fikiran... Lagipun Tips Of Borneo ni dah pernah pergi dah sebelum ni, so memandangkan Tindakon Dazang Beach ni tak pernah pergi lagi, so kami semua putuskan untuk pergi ke sini..
Jarak perjalanan ke Tindakon Dazang Beach ni jika dari Kota Marudu lebih dekat jaraknya berbanding jika nak pergi ke Tips Of Borneo... Ianya terletak di Kampung Terongkungan Kudat, Sabah..
Lagi satu, untuk pergi ke tempat ni ada dikenakan yuran kemasukan..
Yuran kemasukan setiap seorang:
Dewasa ~ Rm 2
Kanak - kanak ~ Rm1
Semasa Collen pergi bersama - sama dengan keluarga, adik - beradik dan anak buah ke tempat ni (jatuh pada bulan puasa), tidak ada makanan ataupun minuman yang dijual.. So Collen nasihatkan jika anda berminat nak pergi ke sini ada baiknya anda membawa sedikit bekal sebagai persediaan untuk mengatasi lapar dan dahaga ketika berada disini..
Jika anda berminat untuk memancing ikan, ianya juga boleh dilakukan di sini.. Alatan pancing tidak disediakan ye 😉😉😉.. Hasil tangkapan yang anda perolehi itu boleh dibawa balik namun akan dikenakan caj lebih kurang Rm8 - Rm10 sekilo berdasarkan jenis ikan..
Lagi satu yang best bila berada di sini, suasananya amat tenang dengan udaranya yang segar... Ianya juga amat selesa kerana tidak sesak dengan pengunjung..
Anak - anak berserta anak buah memang seronok sangat dengan aktiviti mereka mandi air laut, bermain pasir sambil mengejar anak - anak ketam yang ada disana😂😂😂..
Oh ya... Tempat penginapan juga ada disediakan disini tapi kami difahamkan ketika ini proses membaik pulih tempat penginapan tersebut sedang dilakukan, mengganti semula atap yang dah usang..
Tempat penginapan |
Oh ya... Tempat penginapan juga ada disediakan disini tapi kami difahamkan ketika ini proses membaik pulih tempat penginapan tersebut sedang dilakukan, mengganti semula atap yang dah usang..
Tidak ada banyak aktiviti yang kami lakukan disini... Lagipun perjalanan kali ini sebenarnya tidak dirancang... Namun ianya tetap menyeronokan 😊😊
😘😘
Collen
0 ulasan