7 PANDUAN ATASI STRESS DENGAN BIJAK
Jun 20, 2017Stress salah satu punca yang menyebabkan kita nampak lebih tua dari usia sebenar.. Apatah lagi kita sebagai seorang wanita yang memegang gelaran sebagai seorang isteri tak lepas dari pelbagai tugasan. Kali ni Collen nak berkongsi serba sedikit cara menangani stress dan apa yang perlu dibuat 😊😊
1. Bertenang
- dalam keadaan yang tertekan adalah sukar untuk kita berfikir secara waras. Sterss menyebabkan segala perasaan marah, penat, geram dan rasa tidak puas hati berkumpul menjadi satu.. Dalam situasi ini, elakkan membuat keputusan atau tindakan yang melulu.. Tarik nafas dalam - dalam dan hembus secara perlahan - lahan.. Ulangi berbuat demikian sehingga anda mendapat sedikit ketenangan..
2. Refleksi diri
- dalam keadaan tertekan cuba tenangkan diri anda terlebih dahulu.. Renungkan semula keadaan diri anda, cari punca dan penyebab sesuatu perkara terjadi.. Jangan asyik menunding jari dengan orang sekitar kerana anda juga mempunyai kelemahan dan kesilapan yang perlu anda perbaiki yang mungkin anda sendiri tidak sedari..
3. Ruang untuk diri sendiri
- beri ruang untuk diri sendiri mampu membantu anda menangani stress dengan lebih baik. Berkahwin dan mempunyai anak bukanlah bererti anda perlu abaikan semuanya itu kerana anda bukanlah robot!! Memberi sedikit ruang untuk diri sendiri melakukan apa yang anda ingin lakukan adalah perlu dilakukan.. Cuma bezanya, cara dan masa anda perlu sesuaikan sedikit dengan keadaan semasa.
4. Berdoa
- ingatlah kuat dan tabah macam mana sekalipun kita, kita tetap memerlukan seseorang untuk bersandar.. Berdoa adalah cara terbaik untuk kita memperolehi kekuatan dan ketenangan.. Pintalah dan serahkanlah segala masalah dan kekuathiraanmu kepadaNya kerana hanya kepadaNya lah yang lebih mengetahui beban dan jalan terbaik untuk setiap permasalahaan kita tu..
5. Jangan jadi superwomen
- anda bukan superwomen!!! Anda juga manusia biasa yang keletihan bila melakukan pelbagai tugasan.. Jangan lakukan sesuatu yang melebihi batas kemampuan anda.. Abaikan tanggapan orang sekitar tentang diri anda.. Walaumacam mana anda berusaha sekalipun, ingatlah anda tetap tidak akan dapat puaskan hati semua pihak!!
6. Minta bantuan
- jangan malu untuk meminta bantuan dari orang disekeliling kita.. Mereka tak akan tahu yang kita memerlukan bantuan sehinggalah anda sendiri yang meminta.. Sedikit bantuan yang dihulurkan mampu mengurangkan masalah dan stress anda..
7. Berbincang
- komunikasi amat penting dalam segala hal.. Tanpa komunikasi yang betul, keadaan boleh menjadi huru hara... Berbincang dan luahkan segala yang terbuku dalam hati mampu membuatkan anda lebih rileks... Ni adalah kunci utama dalam menangani stress 😊😊
Semoga bermanfaat perkongsian kali ni ☺☺
Luv...
Collen
0 ulasan