PERUT BUNCIT

ATASI TANGGAPAN PERUT BUNCIT SEBAGAI MENGANDUNG

Jun 17, 2017

"Eh.. Awak mengandung ke??
 Dah berapa bulan?"

Pernah tak kawan - kawan atau orang disekitar anda membuat teguran seperti itu disebabkan perut anda yang buncit padahal anda sebenarnya tidak mengandung?? Apa perasan korang waktu tu?? Mesti sedih, malu dan sedikit kecewakan...



Entry kali ni Collen nak kongsikan beberapa tips untuk mengatasi masalah perut buncit ni... Antara yang boleh kita lakukan adalah :


1. Bersenam
- bersenam memang wajib!! Ianya membantu dalam pembakaran lemak dan ianya bagus untuk kesihatan dan jantung anda 😊

2. Elak makan lewat malam
- pada waktu malam glikogen dalam badan akan ditukarkan  menjadi glukosa agar paras gula dalam darah tetap berada dalam paras normal. Bila glikogen dah habis digunakan, maka hati akan mula membakar lemak yang terdapat dalam badan untuk ditukarkannya dalam bentuk tenaga. Namun bilamana sumber glikogen sentiasa ada akibat daripada pengambilan makanan lewat malam, maka bukan sahaja pembakaran lemak tidak dapat dilakukan malah kalori daripada makanan tersebut juga tidak dapat dibakar kerana tidak ada aktiviti fizikal yang dilakukan pada malam hari... Akibatnya kalori tersebut terpaksa disimpan oleh badan dalam bentuk LEMAK!!

3. Perbanyakan pengambilan fiber
- salah satu penyebab perut buncit adalah sembelit. Pengambilan fiber dapat membantu melawaskan sistem pembuangan 😊😊

4. Elakkan tidur selepas makan
- walaupun tiada bukti saintifik yang mengatakan tidur selepas makan menyebabkan perut buncit, tetapi secara logiknya tidur sebaik sahaja lepas makan akan menyebabkan pemendapan lemak berlaku.. Ini disebabkan oleh  kalori daripada makanan ditukarkan terus dalam bentuk lemak kerana tidak ada penggunaan tenaga berlaku.

5. Minum air secukupnya
- minum air kosong sekurang - kurangnya 3 liter sehari dapat membantu tubuh untuk menyingkirkan toksin dalam badan. Ianya juga membantu mengelakkan dari terjadinya sembelit.

6. Makan secara sederhana
- sentiasa amalkan pemakanan seimbang dan berserderhanalah dalam pengambilan setiap kumpulan  makanan.

7. Kurangkan pengambilan fast food
- walaupun ianya sedap dan paling mudah untuk disediakan, namun jika anda mementingkan kesihatan ada baiknya elakkan pengambilan makanan tersebut kerana ianya mengandungi kandungan garam yang tinggi! Garam akan menyebabkan retensi air dalam badan berlaku yang akan menyebabkan peningkatan berat badan dan juga menyumbang kepada perut buncit anda!!


8. Kawal pengambilan gula
- makanan ataupun minuman bergula mempunyai nilai kalori yang sangat tinggi... Biasanya ianya tidak mengandungi sebarang vitamin yang berguna untuk tubuh.. Jadi kenapa perlu mengambilnya jika ianya hanya membuatkan penambahan dalam kalori dan lemak dalam tubuh???


9. Elakkan makanan berminyak
- makanan bergoreng salah satu daripadanya.. Makanan yang digoreng biasanya mengandungi lebih banyak kandungan lemak, menyebabkan ianya sukar dicerna oleh badan. Makanan yang sukar dicerna cenderung menyebabkan ketidakselesaan pada perut dan lebih senang disimpan sebagai lemak dalam badan.

10.Berbengkung
- bagi wanita yang berkahwin dan selepas melahirkan anak, amalkan pemakaian bengkung ketika dalam pantang. Ianya amat membantu dalam mengatasi perut buncit..

You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook