5 CARA MUDAH DAPATKAN BERAT IDEAL ANDA..

Jun 10, 2017



1. JAGA PEMAKANAN
- mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang adalah cara yang paling mudah untuk mendapat berat badan yang ideal. Elakkan dari mengambil makanan yang bergoreng, berlemak dan makanan segera kerana ianya mengandungi banyak kandungan lemak, kalori dan garam yang  boleh menyebabkan anda mendapat pelbagai jenis penyakit berbahaya dan juga risiko mendapatkan berat badan berlebihan.


2. SENAMAN
- senaman membantu dalam meningkatkan metabolisma badan. Selain daripada itu, ianya juga membantu dalam meningkatkan peredaran darah ke seluruh badan. Bersenam sekurang - kurangnya tiga kali sehari selama 30 minit (tak termasuk warm up ye😉) sudah memadai... Tapi jangan pulak lepas bersenam, korang pergi singgah gerai mamak makan macam - macam dan minum minuman manis pulak... Tak de ertinya bersenam kalau macam tu..😂😂😂 






3. ELAKKAN MAKAN LEWAT MALAM
- kerap mengambil makanan pada lewat malam akan menyebabkan peningkatan pada berat badan seseorang. Pada malam harinya, tubuh kita lebih banyak tidur menyebabkan kurangnya pergerakan fizikal berlaku. Pada masa ini, kadar metabolisma badan agak rendah jika dibandingkan disiang hari. Ini menyebabkan peningkatan berat badan jika dibiarkan terus.




4. AIR SECUKUPNYA
- meminum air yang secukupnya dapat membantu tubuh menjalankan fungsinya dengan baik.. Ianya sangat diperlukan dalam proses metabolisma badan seperti dalam pembakaran lemak. Proses pembakaran ini akan menghasilkan toksin dan perlu disingkirkan melalui proses perkumuhan. Jadi jangan jadikan alasan tak nak minum air yang banyak sebab malas kerap pergi ke tandas, kerana anda sebenarnya sedang menyingkirkan toksin dari badan anda.




5. ELAKKAN GULA
- makanan dan minuman bergula mempunyai nilai kalori yang sangat tinggi.. Selain daripada menggemukkan, merosakkan gigi, ianya juga turut membahayakan kesihatan. Ianya juga boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit kencing manis. Antara makanan dan minuman bergula yang perlu dielakkan adalah coklat, kek, kerepek, minuman berkarbonat dan minuman segera.


Selamat mencuba segala tips yang diberikan, semoga anda dapat mencapai berat badan ideal anda 😊😊

You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook