AWAS! ANDA MUNGKIN PENGHIDAP OSTEOPENIA DALAM DIAM..
Jun 25, 2017
Pernah dengar tak perkataan Osteopenia??
Osteopenia ni adalah keadaan dimana kepadatan tulang kita berkurangan dari paras normal, tapi belum mencapai tahap kronik... Bila kepadatan tulang dah berada di tahap kronik, ianya dinamakan Osteoporosis..
Pada peringkat Osteopenia ni tulang dah berada dalam keadaan lemah.. Tapi tak adalah senang nak patah kalau jatuhpun... Berbanding pada peringkat Osteoporosis, tulang lebih senang patah kalau kita terjatuh.. Dan kalau anda semua perasan biasanya Osteoporosis ni lebih cenderung terjadi dikalangan kaum wanita berbanding kaum lelaki.. Biasanya Osteoporosis ni berlaku dikalangan wanita berusia 50 tahun dan keatas..
Baru - baru ni bertempat di Home Office Shaklee, Subang Jaya sempena pembukaan office Shaklee yang baru, pihak Shaklee ada mengadakan khidmat "bone check" secara percuma.. Rata - rata wanita yang sering mengambil susu ataupun makanan yang mengandungi tinggi kalsium amat terkejut dengan keputusan yang mereka perolehi... Terkejut kerana walaupun dah mengambil sumber kalsium setiap hari tapi melalui bone cek yang dilakukan mendapati kandungan kalsium dalam badan mereka masih berada di bawah paras normal ataupun Osteopenia!!!
Percaya atau tidak walaupun kita sering mengambil makanan ataupun minuman yang mengandungi sumber kalsium yang tinggi, tapi kita tetap juga akan mengalami kehilangan kalsium setiap bulan terutamanya kita kaum wanita...
Kita kaum wanita akan kehilangan kalsium setiap bulan ketika datang bulan atau haid, semasa mengandung dan ketika menyusukan bayi... Jadi tak hairanlah kalau osteoporosis ni lebih banyak dikesan dikalangan wanita..
Dan jangan sangka anda yang tidak pernah mengandung ataupun menyusuhkan bayi terlepas dari risiko mendapat Osteoporosis.. Mana tahu pada saat ini, anda juga berada dalam peringkat Osteopenia kerana salah satu sebab kita kehilangan kalsium adalah melalui proses kitaran haid..
Satu - satunya cara untuk mengelakkan Osteopenia ni adalah dengan memastikan pengambilan kalsium yang mencukupi tak kiralah melalui sayur - sayuran, produk tenusu ataupun melalui suplimen tambahan untuk tulang.
0 ulasan