TUMBUHAN HERBA YANG POPULAR DI SABAH

Jun 19, 2017


Siapa yang kenal tumbuhan ni???
Kalau orang Sabah memang suka sangat dengan tumbuhan ni... Aroma daunnya saja cukup harum... Kadang dah boleh terbayang - bayang  makanan di depan mata hanya dengan menghidu aroma dari daunnya 😂😂😂...

Biasanya tumbuhan ni memang dan selalu ada di setiap perkarangan rumah... Lagipun nak tanam memang senang sangat dan tak memerlukan  penjagaan yang rapi... 

Memang membangkitkan selera sungguh bila dicampurkan dalam masakan.. Biasanya ianya diletakkan sekali dengan sup ikan... Tapi Collen lebih suka campurkan sekali dengan masakan lain... Tak kisahlah dalam sup ikan ke... Sup ayam ke... Ataupun dalam sayur - sayuran.. Rasanya memang sedap 😋😋😋

Ok tumbuhan ni dikenali dengan nama saintifiknya Ocimum basilicum Linn atau lebih dikenali sebagai Sweet  basil atau French basil. Ianya merupakan tumbuhan herba yang banyak digunakan dalam masakan.. Tapi di Sabah khususnya di daerah Kota Belud ianya lebih dikenali dengan panggilan "Bawing"..

Selain digunakan dalam masakan, ianya juga dijadikan sebagai tanaman hiasan disekitar rumah.. Minyak pati yang terhasil  juga dijadikan sebagai minyak wangi, farmaseutikal dan aromaterapi..

Nak tanam Bawing ni senang sangat.. Just ambil bijinya dan tabur atas tanah.. Tak perlu penjagaan yang rapi pun... Orang yang tak reti berkebun macam Collen ni pun boleh buat ☺☺☺... 

Cubalah...


With Luv,
Collen

You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook