4 CARA MUDAH ELAK JERAGAT

Jun 13, 2017


1. Elakkan dari pancaran sinaran matahari
- pancaran sinaran matahari mengandungi Vitamin D yang bagus untuk kesihatan tubuh kita. Vitamin D membantu dalam penyerapan kalsium dan fosforus, pertumbuhan dan perkembangan tulang dan gigi, kesihatan otot dan membantu dalam sistem pertahanan badan. Namun kebaikan sinar mentari ini hanya diperolehi di awal pagi ketika terik mentari belum terasa.. Pendedahan yang terlalu lama terhadap terik sinar mentari boleh menyebabkan kulit terdedah terhadap bahaya sinaran UV yang boleh menyebabkan masalah kulit seperti jeragat.




2. Gunakan alat pelindung wajah
- jika terpaksa berjemur di bawah terik sinar mentari, gunakan alat pelindung wajah seperti topi bagi mengelakkan daripada bahaya sinaran ultraviolet yang boleh menyebabkan terjadinya kanser kulit, jeragat dan penuaan pramatang berlaku.





3. Gunakan krim muka yang mengandungi SPF
- menggunakan krim muka yang mengandungi SPF dapat melindungi kulit dari bahaya sinaran uv ini.. Lebih tinggi kandungan SPF yang terdapat pada sesuatu produk, semakin tinggi keupayaannya untuk menghalang sinaran ultraviolet menembusi kulit.




4. Elakkan produk yang mengandungi bahan kimia berbahaya.
- menggunakan sebarang produk penjagaan wajah yang mengandungi bahan kimia berbahaya bukan sahaja membahayakan kulit, malah ianya juga membuatkan kulit lebih mudah terdedah kepada risiko jangkitan kuman dan masalah kulit yang lainnya.  Bahan kimia berbahaya yang terdapat pada sesuatu produk boleh menyebabkan iritasi pada kulit dan mencederakan lapisan dermis (lapisan paling atas kulit) yang memudahkan sinaran UV terus menembusi kulit.


Semoga bermanfaat perkongsian kali ini untuk anda mencegah dan mengatasi masalah jeragat ini 😊😊..


You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook