7 sebab anda perlukan supplimen

April 23, 2017

Sering Collen diajukan soalan kenapa kita perlukan supplemen tambahan... Tak cukupkah dengan nutrisi yang kita perolehi melalui diet harian kita???

Agak - agak korang kenapa ye???

Ok. Hari ni Collen nak kongsikan 7 sebab munasabah kenapa kita perlukan supplimen dalam kehidupan harian kita...


Pencemaran alam serta radikal bebas yang kian meningkat tiap hari menyebabkan badan kita lebih mudah terdedah dengan pelbagai risiko penyakit. Radikal bebas memberi kesan negatif pada tubuh kita, iaitu punca utama wujudnya sesuatu penyakit.


Bukan semua nutrien yang diperlukan dapat dihasilkan oleh tubuh kita. Contohnya Vitamin C, badan kita tidak dapat menghasilkan Vitamin C yang diperlukan. Kita perlu mendapatkan bekalan Vitamin C melalui pemakanan seperti buah - buahan dan sayur - sayuran. Tapi  persoalannya, dapatkah anda membekalkan jumlah Vitamin C yang diperlukan oleh badan tiap - tiap hari???


 Perlu diakui buah buahan serta sayur sayuran masa kini amat berbeza cara tanaman dan pengendaliannya jika dibandingkan dengan suatu ketika dahulu. Penggunaan bahan kimia seperti baja dan racun perosak sering digunapakai untuk mendapatkan hasil tanaman yang 'cantik' dan banyak... Bila kita memakan hasil tanaman yang banyak terdedah dengan bahan kimia berbahaya ini, secara tidak langsung badan kita juga akan turut menyerap kimia berbahaya tersebut dan ianya boleh memudaratkan tahap kesihatan kita.


Gaya hidup pada masa kini yang pasif, lebih banyak berada dalam bangunan dan kurangnya terdedah dengan pancaran cahaya matahari salah satu sebab kita perlukan supplemen tambahan.. Dengan kecanggihan IT dan hiburan yang mudah diperolehi membuatkan kita sering mengamalkan cara hidup yang tidak sihat..
Ini akan memberikan kesan negatif terhadap kesihatan kita.


Kesibukan dengan rutin harian menyebabkan kita sering mengabaikan kepentingan untuk mengamalkan pemakanan seimbang.. Kini, orang ramai lebih sukakan makanan 'fast food' berbanding dengan makana yang 'fresh' dan menyihatkan..


Pengambilan kafein, gula dan garam dalam diet harian dah tak boleh dipisahkan. Ia seolah olah merupakan benda yang wajib diambil setiap hari. Namun tanpa disedari pengambilan ketiga - tiga bahan tersebut boleh mengakibatkan gangguan pada penyerapan nutrisi dalam badan.


Cara pengendalian makanan juga mempengaruhi kadar nutrisi yang kita terima dari makanan yang kita ambil. Penggunaan suhu yang tinggi serta memasaknya terlalu lama menyebabkan nutrisi dalam makanan tersebut hilang macam tu sahaja.. Ia samalah seperti mencurahkan air pada daun keladi.. Perut kenyang tapi tanpa nutrisi yang menyihatkan..


Collen agen Shaklee anda
ID : 1235757
Pengedar Shaklee Sabah
Agen Shaklee Kota Belud
COD sekitar pekan Kota Belud - Kota Marudu

You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook