Derma seikhlas hati
April 27, 2017Selongkar beg tangan tiba - tiba tangan teraba pula keychain ni.. Keychain ni simple je, Collen dapat dari seorang gadis cina yang sangat cantik...
Waktu tu Collen dengan keluarga tengah khyusuk menikmati juadah makan tengah hari.. Waktu tu jam dah menunjukkan angka 2 petang, jadi faham-faham sajalah betapa laparnya kami ketika itu...
Dari jauh kelihatan gadis cina tu berjalan dari satu meja ke satu meja sambil menghulurkan kertas dan menunjukkan sesuatu...
Selesai menjamu selera, gadis cina tupun menghampiri meja kami sambil memberikan isyarat salam dengan meletakkan tangan kanannya ke dada sambil tersenyum manis.. Dihulurkannya sekeping kertas... Ooo baru ku tahu, rupa - rupanya gadis cina tu OKU iaitu cacat pendengaran dan pertuturan.. Dalam kepingan kertas tu juga ada dinyatakan yang dia ada menjual keychain berharga RM 7 sebuah dan Rm10 untuk 2 buah..
Lalu dikeluarkannya beberapa keychain untuk dipilih... Sebenarnya Collen tak perlukan keychain tu sebab kat rumah dah ada banyak keychain yang belum digunakan lagi.. Tapi atas dasar nak membantu, Collen pilihlah juga 2 buah keychain seperti gambar kat atas tu...
Selesai berurusan dan mengucapkan terima kasih dengan menggunakan bahasa isyarat, diapun berlalu pergi...
Sebenarnya Collen lebih suka membantu golongan OKU ni yang ada usaha untuk mencari rezeki berbanding dengan sesetengah golongan yang hanya mengharapkan ehsan orang ramai tanpa melakukan apa - apa..
Walaupun bantuan yang dihulurkan tu tak seberapa tapi bagi mereka yang amat memerlukan, ianya sangat bernilai bagi mereka.. Siapa tahu dengan sedikit bantuan dari kita, membawa seribu sinar untuk mereka 😊😊
💕Collen
0 ulasan