"Selamat hari jadi Yoyo"
April 02, 2017
Cepat sangat rasanya masa berlalu.. Pejam celik pejam celik, rupa²nya anak ku seorang ni dah menjangkau usia 9 tahun pada 19hb Mac yang lalu..
Alkisahnya bilamana masuk saja bulan Mac, mulutnya tak henti² bercakap bahawa bulan ni adalah bulan kelahirannya yang membawa maksud harijadinya dah tak lama lagi😊😊
Seminggu sebelum harijadinya, kegembiraan diwajahnya semakin terserlah dan perkataan kek berserta hadiah tak lekang dari bibirnya..
Tapi malangnya, hari yang ditinggu² olehnya disambut dengan kesunyian dan perasaan hampa disebabkan oleh beberapa perkara yang tak dapat dielakkan...
Mungkin dia mengerti dengan apa yang terjadi, dia biarkan penantianya hancur berkecai 😢😢 dan berlagak seperti biasa... Senyuman manis sentiasa terukir di bibirnya dan perkataan kek berserta hadiah tak pernah lagi disebutnya...
Walaupun dia tak kata apa² tapi hati seorang ibu tetap dapat merasakan kesedihan yang dialami olehnya..
Hati dah nekad, walaubagaimanapun sambutan harijadinya perlu dilakukan!!! Akhirnya dengan bantuan ahli keluargaku, satu kejutan kecil untuk merayakan harijadinya yang telah berlalu (lewat 5hari) dapat juga dilakukan walaupun dalam suasana yang ringkas dan sederhana..
Wajah cerianya meniup lilin kek harijadinya jelas terpancar di wajahnya... Memang tak dijangka olehnya walaupun agak terlewat tapi akhirnya hasratnya untuk menyambut ulang tahun kelahirannya tercapai jua... Sudah tentu berserta hadiah hari jadinya 😄😄
" Selamat hari jadi Yoyo..." 😘😘
2 ulasan
Selamat hari jadi
BalasPadamHappy born day
BalasPadam