April 25, 2017

My Journey to Desa Dairy Farm, Mesilau..

Hari ni En.Hubby ajak anak jalan², nak tengok lembu katanya.. Sebut 'lembu' tak lain tak bukan mestilah pergi ke Desa Dairy  Farm atau lebih dikenali sebagai "the little New Zealand" yang terletak di Mesilau Kundasang, Sabah..

Sebab Collen dan En.Hubby pun tak pernah lagi datang ke tempat ni (Mesilau Dairy Farm), so kami pun tak tau jalan yang menuju ke sana. Actually kami plan on the spot je, jadi tiada masa nak google² sebelum berangkat ke sana. So apa lagi sesampai saja kami di area Kundasang, mulalah kami on GPS mencari arah jalan... Lagipun sepanjang perjalanan memang tak nampak pun sign board  penunjuk arah ke Dairy Farm tu, bila dah nak dekat baru nampak sign board.. Pelik juga 😮😮😮 Collen yang tak nampak ke atau memang tiada penunjuk arah ke sana??? 😕😕😕

Ok untuk masuk ke ladang lembu ni ada dikenakan yuran kemasukan tau!! Yuran masuk untuk dewasa adalah Rm5 manakala Rm4 untuk kanak - kanak..... Walaubagaimanapun hari tu kami hanya dikenakan Rm10 je yuran untuk masuk.. Bererti Collen dengan En.Hubby je lah yang dikenakan cas time tu.. Anak² freeeee😁😁



Cuaca kat sana memang sejuk dengan angin yang bertiup sepoi sepoi bahasa 😊😊 Betul ke  ayat ku tu 😕😕... Kabus boleh dilihat dimana - mana...

Collen kongsikan sedikit aktiviti kami di sana😊😊


Walaupun sejuk dan hujan baru berhenti, nak juga makan aiskrim.. Ada dua perisa iaitu coklat dan yogurt. Harganya setiap cup Rm5.30.... Kalau nak add topping boleh je tapi cas lebih sikit la.. Time Collen pergi hari tu, topping tak ada.. So ambil plain je lah.. Rasanya not bad... Sedappp 😋😋😋


Yang ni kelakar sangat... Adi siap pesan lagi kat mummynya nak dibelikan seekor kambing untuknya bawa balik 😅😅😅

Yoyo bagi makan kambing

Aktiviti wajib bila pergi ke sini adalah selfie dan wefie lahhh😂😂😂




Sebelum meninggalkan dairy farm, beli dulu buah tangan sebagai tanda kenang - kenangan.. Collen pilih fridge magnet ni je.. Harganya Rm5.30 satu😊😊


Actually, ada banyak lagi benda menarik kat sini...  So korang kena lah pergi sendiri dan rasai pengalaman yang menarik di sini.. Oh ya, dah sampai sini wajib beli susu kotak fresh dari ladang... Memang sedap 😋😋😋 Boleh lihat sendiri cara pengumpulan dan pemprosesan susu tu.. So jika ada kelapangan datanglah ke Desa Dairy Farm ni 😊😊


💕💕Collen


You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook