Aktiviti hujung minggu bersama my hero..

April 09, 2017

Cuti hujung minggu kali ni kebetulan Collen dan Mr.Hubby sama² cuti... Balik je dari kerja, bergegas ambil Caden dari rumah pengasuh merangkap neneknya (adik MIL).. Biasanya bila kerja, Caden memang akan dihantar ke rumah neneknya. Itulah rutin harian, biasalah kalau Mr.Hubby cuti mesti diapun sibuk dengan kerja²nya..

Sampai je kat rumah, tengok anak² lagi 2 orang tu sibuk bersiap, katanya nak keluar dengan daddynya ke pekan nak cari kasut sukan katanya... Saya pun iakan saja, maklumlah baru habis kerja malam, penat!!!

En.Hubby pula ntah muncul dari mana dan ajak keluar sama... Asalnya tak nak sebab penat masih terasa, tapi melihat wajah 2 orang anak yang beria² nakkan mummynya turut serta maka kuturuti saja kehendak mereka..

Selesai bersiap, kami menuju ke pusat membeli belah 1Borneo.. Cari punya cari, akhirnya jumpa jugalah kasut yang berkenaan dihati anakku, Yoyo.. Jam dah menunjukkan jam 2 petang, perut pula masing² dah terasa lapar..  Adi pula request nak makan KFC, jadi untuk lunch kami mengisi perut dengan menu KFC.. Caden pula memang saya dah bawakan bekal bubur untuknya..



Selesai segala urusan, kami putuskan untuk balik ke rumah saja. Tapi setibanya kami di pekan Tuaran, teringin pula singgah sebentar di Pekan Cowboy.. Sebab saya dan anak² belum pernah lagi ke tempat tu, maka En.Hubby pun turutkan saja permintaan kami anak beranak...



So ni lah dia pekan Cowboy tu.. Memang cantikk.. Tapi malangnya hujun turun dengan lebatnya membasahi bumi.. Lebat pula tu.. Jadi pergerakan agak terbatas..

Walaupun agak penat tapi syukur sebab anak² gembira...  Lagipun bukan selalu kami dapat bawa anak² keluar berjalan².. Sepanjang perjalan balik, anak² semuanya tertidur kepenatan.. Penat sangat agaknya tu bisik hati kecilku 😊😊😊

You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook