Punca kaki cramp ketika hamil
April 08, 2017Disahkan hamil buat pertama kalinya mesti hati melonjak gembira... Gembira kerana akhirnya impian untuk mempunyai cahaya mata sendiri akhirnya bakal tercapai.. Dan yang lagi seronok kerana ianya hasil daripada ikatan cinta antara dua insan... Hadiah yang tak ternilai untuk suami tercinta...
Mesti tak sabar nak kongsi kegembiraan dengan pasangan masing²... Tak sabar nak pergi shopping baju baby yang membuatkan bakal ibu rambang mata nak buat pilihan.. Tak sabar nak rasai sendiri nikmatnya mengandung.. Tak sabar nak buat ujian ultrasound untuk ditunjukkan kepada keluarga dan teman² rapat.. Dan kalau boleh nak jerit je kuat² biar satu dunia tahu betapa gembiranya anda saat disahkan hamil!!!
Tapi disebalik kegembiraan anda itu jangan dilupa dengan segala macam dugaan yang bakal anda hadapi sepanjang tempoh 9 bulan kehamilan anda itu.. So mama cekalkan hati dan kuatkan semangat untuk hadapi segala macam dugaan mengandung..
Entry kali ni Collen nak kongsi salah satu cabaran mengandung yang Collen sendiri pernah rasai dan pasti semua ibu² diluar sana juga tidak terlepas dari merasainya... Cramp ketika mengandung atau lebih tepat cramp dibahagian kaki ketika mengandung..
Mesti korang semua pernah rasa cramp kan, malahan ketika anda tidak mengandung pun cramp ni boleh saja menyerang anda pada bila² masa... Bezanya cramp ketika mengandung ni adalah kerana ianya akan lebih kerap menyerang anda sesuai dengan peningkatan usia kandungan anda...
Penyebab Cramp
1. Ganguan peredaran darah
- bilamana usia kandungan semakin meningkat, perubahan keadaan fizikal ibu juga turut berubah.. Perut makin membesar, bermakna bebanan juga makin meningkat hari demi hari... Bebanan tersebut menyebabkan gangguan peredaran darah pada salur darah yang membekalkan darah dan oksigen ke bahagian kaki. Kekurangan bekalan darah menyebabkan kaki menjadi kebas dan cramp..
2. Bebanan yang berterusan
- bilamana kandungan makin membesar dan bebanan yang ditanggung agak lama, menyebabkan otot² kaki yang terlibat menyokong bebanan tersebut juga akan mengalami keleletihan. Hal ini diburukkan lagi dengan adanya gangguan bekalan darah pada kaki menyebabkan kaki lebih mudah menjadi cramp..
3. Kekurangan kalsium
- ada kajian menunjukkan bahawa ibu yang mengalami kekurangan kalsium lebih mudah diserang cramp. Kalsium diperlukan untuk membuat jaringan dan tulang pada janin dan sudah tentu janin tersebut akan mengambil sumber kalsium dari ibunya. Oleh itu pentingnya ibu hamil mendapat kalsium yang mencukupi untuk mengelakkan dari kerapuhan tulang dan mengelakkan dari serangan cramp yang lebih kerap.
4. Kekurangan Magnesium
- fungsi utama magnesium adalah membantu dalam penyerapan mineral lainnya termasuk kalsium. Tanpa adanya bekalan magnesium yang mencukupi, mana mungkin badan dapat menyerap segala mineral termasuklah kalsium yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menjalankan fungsinya dengan baik. Sebab tulah cramp boleh saja berlaku..
5. Fosfur berlebihan
- Fosfur memainkan peranan menjaga pertumbuhan sel yang sihat serta membantu proses penukaranan makanan menjadi tenaga kedalam tubuh. Selain dari itu, Fosfur juga memainkan peranan dalam membantu penyerapan kalsium kedalam tulang. Fosfur berlebihan dalam tubuh menyebabkan gangguan keseimbangan elektrolite dalam tubuh menyebabkan tubuh tidak dapat menyerap mineral dengan baik termasuklah kalsium. Hal ini menyebabkan lebih mudah bakal ibu diserang cramp..
6. Perubahan hormon
- perubahan hormon ketika hamil juga dipercayai penyebab salah satu punca berlakunya serangan cramp ni.. Hormon berubah saat hamil salah satunya adalah bagi membolehkan bayi mendapat nutrisi dari ibunya dan sebagai persediaan pembentukan air susu untuk bayi tersebut setelah lahir kelak.. Walaubagaimanapun kesan daripada perubahan hormon ni adalah berbeza bagi setiap individu...
Di entry seterusnya Collen akan berkongsi pula macam mana mengatasi masalah cramp kaki ketika mengandung..
Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat untuk anda semua 😊😊😊😊😊
Collen 👉 0135577849
ID : 1235757
Pengedar Shaklee Sabah
Agen Shaklee Kota Belud
COD sekitar pekan Kota Belud & Kota Marudu
0 ulasan