Setiap pasangan yang telah berkahwin sudah tentu inginkan kehadiran cahaya mata dalam hidup mereka..
Bagi mummy to be yang baru pertama kali bakal menimang cahaya mata, mesti agak blur apa yang perlu dibuat bila anda disyaki mengandung..
Mengandung?? Nak buat apa ni...
Urine Pregnancy Test (UPT)
Lakukan ujian kehamilan dengan melakukan UPT. Sebaiknya ujian UPT dilakukan pada awal pagi sebaik sahaja bangun dari tidur iaitu kencing pertama pada hari tersebut..
UPT Positif = Hamil |
Alat untuk menguji kehamilan ni ada banyak dijual di farmasi... Memang senang sangat nak dapatkannya.. Alat ini akan mengesan kehadiran hormon Human Chorionic Gonadotropin (hCG) iaitu sejenis hormon yang dikeluarkan oleh placenta setelah janin berjaya ditanam pada lapisan endometrium.
Ultrasound
Untuk lebih tepat, anda juga boleh melakukan scan pada rahim.. Ujian ini tidak menyakitkan dan boleh dibuat dimana - mana klinik swasta yang ada menawarkan ujian tersebut. Namun ianya tidak wajib dilakukan kerana ujian ini juga akan dilakukan pada awal trimester pertama kehamilan setelah pendaftaran kehamilan dibuat..
Daftar kehamilan
Jika ujian UPT anda positif, segeralah datang ke Klink Kesihatan Ibu & Anak (KKIA) yang terdekat dengan tempat tinggal anda..
Pendaftaran kehamilan ini seelok- eloknya dibuat sebelum 12 minggu usia kandungan, jika lebih dari itu ianya akan dikira sebagai pendaftaran lewat..
Dokumen yang perlu dibawa semasa membuat pendaftaran ialah
🔸Kad pengenalan anda
🔸Salinan kad pengenalan pasangan
🔸Sijil nikah - tidak perlu jika ibu tunggal
🔸Bil air atau elektrik - untuk pengesahan tempat tinggal..
Seelok- eloknya anda juga tahu tarikh terakhir anda datang bulan ( hari pertama datang haid ). Ini bagi memudahkan tarikh jangkaan bersalin anda ditentukan..
Ujian UPT mungkin akan dilakukan sekali lagi pada hari pendaftaran. Anda akan diminta untuk memberikan sampel air kencing untuk ujian tersebut. Jadi ada baiknya anda bawa sedikit bekal air minuman pada hari tersebut..
Ambil supplimen
Jika anda masih lagi belum mengambil apa-apa supplimen semasa mengandung, ada baiknya anda mula mengambilnya secepat mungkin terutamanya Asid folik untuk elak kecacatan pada tulang belakang bayi..
Rehat secukupnya
Pastikan anda tidak melakukan dan mengangkat benda berat. Dapatkan tidur dan rehat yang cukup untuk keselamatan bayi dalam kandungan..
0 ulasan