Masalah kurangnya penghasilan sel darah merah dalam tubuh boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang teruk jika tidak ditangani dengan segera. Kekurangan penghasilan sel darah merah ini lebih dikenali sebagai Anemia di kalangan masyarakat setempat.
Anemia biasanya berlaku disebabkan oleh kekurangan zat besi dalam badan, iaitu mineral utama yang diperlukan dalam pembentukan sel darah merah. Untuk mengatasi masalah ini, suplimen zat besi biasanya diberikan bagi menampung keperluan zat besi yang kurang.
Namun masalah timbul bilamana bacaan paras hemoglobin dalam darah tidak menunjukkan perubahan positif walaupun dengan pengambilan suplimen zat besi. Dimana silapnya?? Adakah cara pengambilan suplimen zat besi itu dilakukan dengan betul??
Jom ikut tips bagaimana mengambil suplimen zat besi dengan betul agar penghasilan hemoglobin dalam sel darah merah meningkat seperti yang diharapkan..
Ambil semasa perut kosong
Suplimen Zat besi seelok-eloknya diambil semasa perut kosong iaitu sejam sebelum mengambil makanan. Keadaan perut yang kosong memastikan penyerapan zat besi berlaku dengan baik. Walaubagaimanapun sesetengah orang akan mengalami rasa loya apabila mengambilnya dengan perut kosong. Jadi pengambilan 2 jam selepas makan boleh membantu mengurangkan rasa loya tersebut.
Jangan ambil bersama Kalsium
Mengambil suplimen yang mengandungi zat besi (iron) bersama - sama dengan kalsium boleh mengurangkan kadar penyerapan iron tersebut sebanyak 50%. Contoh produk yang mengandungi kalsium ialah susu, yogurt dan keju.. Jika perlu mengambilnya, disarankan jarak masa pengambilan adalah diantara 30 minit - 1jam. Oleh itu mengambilnya bersama-sama dengan air kosong adalah lebih baik berbanding dengan susu.
Elakkan minuman berkarbonat
Minuman berkarbonat mengandungi phosphate yang boleh menghalang penyerapan zat besi. Begitu juga dengan teh dan kopi, kedua-dua minuman tersebut juga memberi kesan terhadap penyerapan zat besi ke dalam perut..
Ambil bersama dengan jus
Sangat disarankan suplimen zat besi diambil bersama-sama dengan jus buah-buahan segar.. Jus buah mengandungi khasiat Vitamin C yang dapat membantu penyerapan zat besi pada tanpa optimal.
Ambil bersama dengan suplimen lain
Suplimen zat besi juga boleh diambil bersama - sama dengan suplimen yang mengandungi Vitamin C dan juga Vitamin B. Kedua-dua suplimen tersebut sangat diperlukan dalam pembemtukan sel darah merah..
0 ulasan