Buasir ketika mengandung bukanlah sesuatu yang perlu dipandang ringan. Ianya akan menjadi lagi teruk bila kandungan semakin membesar. Sakit dan rasa tidak selesa pada kawasan dubur sudah pasti menjejaskan mood dan kesihatan ibu hamil.
Buasir ataupun haemorrhoid adalah suatu keadaan dimana seseorang mengalami sakit, perdarahan ataupun terdapat benjolan di sekitar dubur semasa ataupun selepas membuang air besar. Ianya boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti keturunan, sembelit yang teruk, sering mengangkat objek berat dan juga kehamilan.
Apa yang paling merisaukan ialah buasir yang berlaku ketika mengandung kerana semasa hamil rawatan yang dapat diberikan adalah terhad disebabkan dikuathiri memberi kesan terhadap bayi dalam kandungan.
7 cara mudah elak buasir menjadi teruk
Ubah corak pemakanan
Mungkin ada yang tidak sedar bahawa pemakanan memainkan peranan penting dalam mengelakkan dari sesuatu penyakit. Mengambil makanan yang tinggi kandungan serat mampu membuatkan najis lebih mudah dikeluarkan dari badan.
Air yang mencukupi
Pengambilan air yang mencukupi dapat memastikan proses detoxfikasi dilakukan dengan baik. Ia dapat mengelakkan berlakunya sembelit.
Elak penyebab sembelit
Penting bagi ibu hamil untuk mengenalpasti punca berlakunya sembelit. Mungkin ada sesetengah minuman yang perlu dielakkan bagi memastikan buasir tidak menjadi lagi teruk contohnya minuman berkafen. Minuman berkafen bukan saja tidak elok untuk bayi dalam kandungan, tapi ianya juga 'menarik' air keluar dari badan.
Elak duduk / berdiri terlalu lama
Duduk atau berdiri terlalu lama memberikan tekanan yang kuat terhadap rektum. Ini menyebabkan buasir lebih mudah berlaku.
Elakkan kerja berat
Elakkan dari melakukan kerja ataupun mengangkat objek berat. Ianya boleh menyababkan faktor penyebab buasir menjadi lebih teruk. Selain daripada itu, ianya juga boleh menyebabkan risiko perdarahan dan kandungan gugur.
Lakukan Sitz bath
Lakukan Sitz bath sekerap yang mungkin kerana ianya dapat mengecutkan buasir dan memudahkan ianya untuk ditolak kedalam semula. Selain daripada itu ianya dapat membantu mengelakkan infeksi berlaku. Sitz bath ni adalah rendaman pada bahagian dubur dengan menggunakan air garam bagi tujuan mengecutkan dan membersihkan bahagian tersebut.
Ambil suplimen
Mengambil suplimen kesihatan semasa hamil juga membantu mengelakkan buasir dari menjadi lebih teruk. Contoh suplimen yang membantu masalah buasir ni adalah Omega Guard dan Ostematrix.
Ostematrix ni akan membantu mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar. Manakala Omega Guard pula akan membantu mengecutkan pembengkakan otot - otot disekitar rektum.
Apa yang pasti kedua - dua suplimen ini selamat diamalkan ketika hamil dan berkesan dalam menangani masalah buasir..
Belian boleh dibuat dengan menggunakan kad kredit / debit. Dapatkan suplimen Set Buasir anda sekarang!!
Sebarang pertanyaan ataupun info lanjut boleh whatsApp sis
0 ulasan