.
Ectopic pregnancy ialah kandungan yang berada di luar rahim. Dalam keadaan biasa, embrio yang terhasil (hasil daripada percantuman ovum dan sperma) akan bergerak disepanjang tiub falapio menuju ke bahagian dalam rahim agar perlekatan pada dinding rahim boleh berlaku.
Tapi dalam kes ectopic pregnancy ni, embrio tu tidak tertanam pada dinding rahim sebaliknya ianya tertanam di bahagian salur peranakan yang lain seperti pada dinding tiub falapio ataupun pada ovari.
Perlekatan diluar rahim ini biasanya terjadi disebabkan oleh berapa faktor seperti
- salur tiub falapio yang tersumbat
- endometriosis
- pernah mengalami pembedahan pada abdomen atau pembedahan yang melibatkan salur tiub falapio
- menghidap penyakit kelamin
- mempunyai sejarah mengandung di luar rahim sebelumnya
- perokok
Perlekatan yang berlaku diluar rahim akan menyebabkan kesakitan dan berlakunya perdarahan disebabkan kandungan yang semakin membesar.
Satu-satunya cara untuk mengatasi ectopic pregnancy ni ialah dengan 'membuang' kandungan tersebut. Ianya boleh dilakukan dengan melakukan laparoscopy. Walau bagaimana pun kaedah ini hanya boleh dilakukan jika salur peranakan yang terlibat tidak pecah..
Jika salur peranakan yang terlibat sudah pecah, maka pembedahan lapratomy iaitu pembedahan terbuka pada perut perlu dilakukan. Pembedahan ini dilakukan bagi mengurangkan kehilangan darah yang banyak dan bagi mengelakkan komplikasi yang lebih teruk berlaku.
Peluang untuk hamil kembali tetap ada jika salah satu tiub falapio masih ada. Dinasihatkan juga jika bercadang untuk hamil kembali pastikan jarak kehamilan itu tidak terlalu dekat.
Untuk ectopic pregnancy yang telah menjalani laparoscopic dinasihatkan untuk tidak mengandung sekurang - kurangnya 4 bulan dan 6 bulan bagi yang telah menjalani lapratomy.
0 ulasan