Tips Kesihatan

7 Cara Mudah Atasi Rasa Gatal Pada Vagina

April 07, 2018



Ramai wanita diluar sana yang mengeluh  bila berhadapan dengan masalah ni..  Ianya bukan sahaja membuatkan rasa tidak selesa tapi ianya juga boleh mengundang masalah yang lebih teruk jika dibiarkan begitu sahaja..

Rasa gatal pada vagina ni kadang kala boleh hilang begitu sahaja tanpa perlukan rawatan doktor, tapi jika keadaan bertambah teruk anda dinasihati untuk dapatkan rawatan dengan segera..


7 cara mudah atasi kegatalan


1. ' Cold compress' 

Caranya ialah dengan mengambil pek ais dan dibalut dengan kain yang bersih kemudian diletakkan pada kawasan yang gatal..

Jika anda tidak mempunyai ice pack, anda boleh mengambil kain yang bersih dan dibasahkan menggunakan air sejuk dan diletakkan pada kawasan yang gatal.

Walaupun kaedah ini tidak dapat menghilangkan rasa gatal pada vagina, tapi sekurang - kurangnya ianya dapat memberikan kelegaan sementara pada bahagian alat sulit anda..

Ianya boleh lakukan sekerap yang mungkin.. Tapi pastikan anda menggunakan kain yang bersih setiap kali melakukannya...


2. Elakkan bahan yang boleh menyebabkan kegatalan



Penggunaan sabun pencuci ataupun pelembut kain juga  boleh mencetus rasa gatal pada alat sulit... Ianya mungkin  disebabkan kulit anda agak sensitif pada  sesetengah bahan kimia yang terdapat pada sabun pencuci ataupun pelembut kain tersebut.. Apa yang anda boleh lakukan ialah bertukar pada bahan pencuci yang lebih mesra alam dan organik..



3. Elakkan menggaru

Menggaru memang menyeronokkan kerana ianya boleh memberikan kelegaan sementara pada kawasan tersebut..
Tapi ianya juga akan menyebabkan luka dan jangkitan kuman boleh berlaku..

4. Elakkan pencuci alat sulit

Ramai wanita yang menggunakan sabun pencuci untuk membersihkan alat sulit mereka... Tanpa mereka sedari, penggunaan bahan pencuci tersebut boleh menganggu keseimbangan PH vagina dan bakteria baik yang ada pada vagina... Ini memudahkan lagi jangkitan bakteria berlaku..

Mencuci alat kelamin dengan menggunakan air bersih adalah lebih baik kerana ianya pasti tidak menganggu kadar PH dan bakteria baik pada vagina...

5. Elakkan kelembapan

Elakkan penggunaan seluar dalam yang ketat kerana ianya menghalang pengudaraan pada kawasan tersebut.. Fabrik yang tidak menyerap kelembapan juga perlu dielakkan... Sebaik - baiknya pilihlah fabrik yang mempunyai kadar penyerapan yang baik seperti dari fabrik  'cotton'.

Pastikan alat sulit sentiasa berada dalam keadaan yang kering... Tukar seluar dalam sekerap yang mungkin atau bila perlu.. Bakteria lebih senang membiak pada kawasan yang lembab..


6. Gunakan krim pelembab

Kulit yang kering juga boleh menyebabkan kegatalan... Penggunaan krim pelembab seperti Aqueous cream mungkin boleh membantu mengurangkan rasa gatal..


7.  Mencuci dari depan ke belakang

Apabila ingin mencuci kawasan faraj, pastikan cucian dilakukan dari arah depan ke belakang iaitu dari  bahagian faraj ke dubur..  Pencucian dari belakang ke depan akan menyebabkan segala kuman yang ada di kawasan dubur akan pergi ke bahagian faraj.. Ini menyebabkan jangkitan lebih mudah berlaku..


Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda semua...



You Might Also Like

2 ulasan

  1. Inilah cara yang dyg buat dulu....alhamdulillah...sekarang xda lagi....yq sis tipsnya gojes 👍👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rimas betul kan bila berhadapan dengan masalah ni.. stress sgt!!

      Padam

SUBSCRIBE

Like us on Facebook